The Colours of Million Memories


By: Ayah and Mama Niesreena

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Dec-2005 12:00 Email | Share | Bookmark
Majlis akad nikah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Alhamdulillah… aku bersyukur sangat ke hadrat Allah s.w.t kerana atas hikmah dan rahmatNya majlis perkahwinan aku dapat berjalan dengan lancar; sederhana tapi meriah, kengkawan pun ramai datang, cuaca pun ok, makanan pun sedap, mak, abah & family pun gembira. Mungkin ada cacat cela kat mana-mana, tapi aku tetap rasa bersyukur.

Majlis aku bermula dengan majlis akad nikah. Pukul 10.30 pagi, kadi dah tunggu kitorang kat masjid. Terpegun jugak aku tengok Neezam berpakaian baju melayu satin putih, bersamping songket putih dan bersongkok. Nampak segak sangat. Heeheheheehe…Pada saat tu hanya Allah ajer lah yang tahu macam mana perasaan aku masa tu; butterflies in my stomach, berdebar-debar, takut, cuak, tapi yang pasti aku gembira. Aku tahu… Neezam mesti lagi cuak masa tu sebab tanggungjawab Neezam lebih besar; ijab dan kabul. Alhamdulillah, pukul 10.55 pagi tu aku selamat diijabkabulkan dengan suami aku yang tercinta dengan sekali lafaz. Rasa terharu dan bersyukur sangat.

Genap 4 tahun aku bercinta dengan Neezam, akhirnya aku sah menjadi isteri Neezam. Di saat itu, aku tengok emak mengalirkan air mata. Mungkin terharu sebab puteri sulung emak dah jadi isteri orang, mungkin terharu sebab tanggungjawab emak telah bertukar pada Neezam sebagai suami aku. Apa-apa pun pada aku, emak tetap emak, tiada tolok banding, tiada ganti, tempat aku bermanja dan mengadu masalah dan aku tetap anak emak, tempat emak bermanja dan mengadu masalah juga berleter. Baru aku sedar betapa bermaknanya dan berharganya setiap leteran mak.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net