The Colours of Million Memories


By: Ayah and Mama Niesreena

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 6-Aug-2007 00:01 Email | Share | Bookmark
8 bulan si Niesreena

Si nakal ni....
Suka main dengan towel yang berwarna-warni
Dan suka golek-golek atas katil
 
Kusyuk tengok mama tangkap gambar
 
 
Lidah tersentil sambil bermalas-malas
 
 
 
Malas betul nak pegang botol susu sendiri si manja ni
 
Kerlingan manja
 
 
Ramai orang suka mata Niesreena yang cantik ni
 
 
Sukanyer diaaaaa...
Niesreena dah masuk 8 bulan. Dah besar kan? Kejap jer rasa dah 8 bulan dah si kecik nie. Banyak perkembangan terbaru Niesreena dalam sebulan dua ni.

First sekali, as I wrote in my post before, Niesreena dah ada gigi pertamanya! Dan sekarang ni, sebatang lagi gigi Niesreena sedang nak tumbuh, menyebabkan gums Niesreena bengkak sekali lagi. Tapi alhamdulillah, setakat ni Niesreena tak demam dan meragam teruk. Cuma kengkadang tu Niesreena nangis sekejap-sekejap, mungkin bila terasa gums dia sakit. Sejak-sejak ada gigi ni lagi ligat Niesreena nak mengigit-gigit. Dah tu gigit geram pulak tu. Kelakar bila tengok muka dia yang tengah geram tu. Beria-ria dia gigit.

Niesreena jugak dah pandai bergerak ke depan ketika meniarap dan juga berjalan. Laju pulak tu gerak dia. Lebih-lebih lagi kalau aku buka pintu, laju jer Niesreena gerak ke pintu, nak keluar.

Niesreena pantang kalau orang ambil barang yang sedang dia pegang. Terutamanya kalau rampas jer. Nanti mesti dia jerit. Kalau mintak elok-elok, insya Allah, Niesreena akan bagi… J

Kalau tak suka atau tak nak, Niesreena akan geleng kepala. Begitu jugak kalau ayah atau mama kata ‘tak nak’, nanti Niesreena akan geleng jugak. Kalau ayah atau mama kata ‘aaaa ayah’ atau ‘aaaa mama’, Niesreena akan sua tangan dia kat mulut ayah atau mama. Konon-konon nak suaplah. Tapi yang paling aku tak tahan bila tangan dia dah sampai kat mulut kitorang, nanti dia cekau pulak. Sakit tuuuuu…

Makin kuat membebel. Ntah apa-apalah yang dia bebel. Pagi-pagi lagi bila dia dah bangun, terus jer membebel. Kengkadang tu tak bukak mata lagi dah bebel. Mungkin Niesreena nak ikut jejak langkah ayahnyer yang suka membebel dan kerja pun membebel gak. Huhuhuhuhu….

Niesreena dah pandai pegang botol susu sendiri. Tapi malas. Kengkadang jer dia nak pegang, kalau pegang pun jap tu dia tarik-tarik botol tu dari mulut dia pastu dia gelak. Mesti dia gelakkan mak ayah dia yang terpaksa pegang botol susu dia tiap masa.

Banyak lagi development Niesreena kalau aku nak senaraikan kat sini.






Anyway, heppie 8 months young my little angel! Mama & ayah luv you sooooo much!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net