The Colours of Million Memories


By: Ayah and Mama Niesreena

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 6-May-2007 10:39 Email | Share | Bookmark
Niesreena dah 5 bulan!

Aku selalu cerita kat Niesreena sebuah cerita...
Tentang seorang seorang baby...
Yang sangat comel...
Kulitnya putih...
Matanya cantik...
Hidungnya cute!
Mulutnya comel...
Dagunya tajam...
Pipinya cembol-cembol...
Dahinya luas...
Telinganya kecik...
Rambutnya lebat...
Namanya Khairunniesreena
Anak mama dan ayah yang sangat comel!
Niesreena selalu kusyuk dengar aku bercerita...
Niesreena suka gigit puting botol susu
Dan kemam tapi tak hisap
Then hisap semula
Dan hisap lagi
Sambil matanya melilau tengok keliling
Apa yang menarik perhatian dia ialah...
semestinya...
ayah Niesreena!
Kalau tengok ayah sampai terdongak-dongak
 
 
 
 
Comeynyer anak mama & ayah nie yer...
 
 
 
 
 
Hari nie Niesreena dah 5 bulan. Dah besar dah anak mama dan ayah nie. Rasa macam sekejap jer. Rasa macam baru jer keluar dari operation theater bersalinkan Niesreena. Alhamdulillah Niesreena seorang baby yang comel dan bijak. Niesreena cepat belajar benda baru. Makin besar makin banyak gelagat dan keletah dia. Sekarang ni Niesreena dah kurang tidur siang sebab... dia nak mainnnnn jer. Kitorang yang penat nak melayan Niesreena. So, sebuk atau tak, terpaksa jugak kitorang meluangkan masa untuk melayan keletah Niesreena sebab Niesreena tak suka main sorang-sorang. Waktu minum susu pun suka main-main; kejap hisap susu then gelak-gelak then hisap balik then luah semula then nak isap lagi. Ish... macam-macam... penat gak layan Niesreena tapi seronok! Niesreena sayang... Happie 5 months old!!!





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net