The Colours of Million Memories


By: Ayah and Mama Niesreena

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 23-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Mt Cooper

 
Sun set
 
View all 27 photos...
Mt Cooper ni terletak kat belakang rumah kitorang jer. Best petang-petang jalan kat sini. Bleh tengok matahari terbit dan matahari terbenam. Dari puncak mount Cooper ni jugak boleh nampak Melbourne city. Cantik...








Thursday, 6-Dec-2007 03:00 Email | Share | | Bookmark
To Melbourne Museum on Niesreena's Birthday

Niesreena seronok dapat makan ice cream
Mamanyer pun sama
Uncle Akmal pun sama
View all 54 photos...
Last Disembernyer post. Tapi lupa nak publish. Hehehehe... So, terpaksalah publish hari ni. Enjoy!

Happy birhtday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to Niesreena...
Happy birthday to you...

Masa harijadi Niesreena yang pertama yang lepas, kitorang tak der idea nak kemana. Majlis harijadi pun tak buat sebab last month kitorang baru buat house warming party. So, kitorang decided untuk sambut harijadi Niesreena sefamily sahaja.



Hari tu kitorang bawa Niesreena makan ais krim best kat Il Dolce Freddo di Lygon. Akmal yang kenalkan tempat ni. Memang sedap aiskrim-aiskrim kat situ. Macam-macam perisa ada. Durian pun ada. Sedap giler. Niesreena seronok makan macam-macam jenis aiskrim.





Then kebetulan kedai aiskrim ni dekat dengan Melbourne Museum. So, destinasi kitorang seterusnya ialah ke Melbourne Museum. Cuaca hari tu sangat panas. Bila dah masuk museum rasa lega sangat kena aircond. Heehehe...



Nway, to anak mama dan ayah, sorry sangat sebab tak dapat nak buat birthday party untuk Niesreena. May be next yearlah ye sayang. And thanx to auntie-auntie yang bagi Niesreena birthday pressie and all the wishes. Tq!


Sunday, 2-Dec-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Late dinner @ Coburg

Niesreena pun nak tengok menu jugak
Nak makan apa ek?
Hmmmm... semua sedap...
View all 24 photos...
Penat berjalan sehari suntuk kat Ballarat. Malam tu kitorang dinner kat Italian restaurant kat Coburg. Macam-macam menu ada kat sini dan semuanya sedap! Yum yum...


Niesreena makan fries jer. Habis satu pinggan!






Sunday, 2-Dec-2007 15:00 Email | Share | | Bookmark
Ballarat Wildlife Park

 
 
 
View all 33 photos...
Setelah berbulan-bulan kat bumi Australia ni, baru hari ni aku nampak kanggaroo. Hehehehhe.. Jangan tak cayer.







Walaupun tak banyak haiwan Ballarat Wildlife Park ni, aku rasa seronok sangat sebab dapat tengok haiwan-haiwan yang memang aku tak kan dapat tengok kat Malaysia. Niesreena pun seronok! Tergelak-gelak Niesreena tengok kanggaroo melompat-lompat. Tapi nak pegang Niereena takut.




Sunday, 2-Dec-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Sovereign Hill, Ballarat

 
Kitorang yang join the trip
 
View all 66 photos...
Hari ni kitorang ke Ballarat. Tak pernah sampai sana sebelum ni. Ramai kengkawan yang kata tempat tu best. Well, memang best pun!



Kitorang bertolak dari Bundoora lebih kurang pukul 9.30 pagi. Selepas makan kat park kat Ballarat, kitorang ke Sovereign Hill. Tempat ni adalah pekan lama yang ada tinggalan lombong emas. Best lah tempat ni. Diorang mengekalkan lagi tinggalan banggunan kedai-kedai lama, rumah-rumah lama, sekolah, fire brigade dan banyak lagi lah. Bowling centre pun ada! Bola dan pin-pin bowling tu diperbuat daripada kayu. Hehehhe... Tak sangka kan. Yang bestnya lagi ialah semua pekerja-pekerja kat situ turut berpakaian seperti orang zaman dulu kala. Kelasssss...

Thanx to Mahazan yang sudi jadi tourist guide kitorang!!!








<< Akmal's >>

Suka gambar ni!


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net